Jumaat, 27 April 2012

MulAkan HiduP BaRu Ku...Tanpa Dia..






Aku dengan dia berkawan dalam setahun setngah ... kami selalu mesj,call,on9 sama... tapi bulan ni seemua dah putus ..Hancur...!! Aku tak tahu nak kata pe ...langsung tak dak apa kata putus. ..putus camtu ja.. hari las aq jumpa dia hari sabtu ..ingat ke balik rumah kmi akan msj ,or call lagi tpi tak dah..lenyap camtu ja.
  Geramnyeee....kalau tak nak hubung pun cakap la sesuatu ..Aku tak kisah pun ....nak cak teruk2 pun tak kisah..nak cakap ''Aku Benci Kau pun tak pe...~~ aku terima. Aku tak pasti ni salah siapa ..tapi aku ada perasaan juga , kalau ditinggalkan begitu sahaja ... setiap hari aku tunggu dia sampai la hari isnin ..sebab terlalu geramsangat aq buang semua numbor dia (numbor dia  ada 4 ja) and batal kan rakan





herrmm selesai...tapi dalam kepala aq masih lagi teringat ayat -ayat dia ..''jadi kawan sampai tangmana la..hurmm...tapi tu semua tinggal kenangan .....

Khamis, 26 April 2012

untuk contoh je...jangn tiru bulat2 (~~)


OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat :-
1) Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar minggu pekan Parit Sulong.
2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.


(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN
1) Kajian ini telah dijalankan di pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor.
2) Pasar minggu ini diadakan pada setiap hari sabtu bermula 7.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai barangan dijual seperti ________________________________
3) Lokasi pasar minggu ini ialah di pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor
4) Pekan Parit Sulong ini mempunyai bentuk muka bumi _____________. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor _________ dan sesetengahnya _____________
5) Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira ____ kilometer dari Bandar Batu Pahat dan kira-kira ______ km dari tempat tinggal saya.


PETA KAJIAN
1) Lukis Peta Daerah / Zon Batu Pahat
i) Tajuk dan Bingkai [1 m ]
ii) Nama kawasan kajian dan arah mata angin [ 1 m]
nota : tandakan kawasan kajian
2) Peta Pekan Parit Sulong
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan
i) Tajuk dan Bingkai [1 m]
ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
iii) Simbol Piawai [ 1 m ]
iv) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]


(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN
1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian di pasar minggu ini untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan.
2) Temu Bual
 = seterusnya saya telah menemubual beberapa orang penduduk kampung untuk _________
3) 
Soal Selidik = menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi _____________
4) 
Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan 

(Nombor 8) DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian
Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran.
Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya, penjual makanan dan minuman, penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian. Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian
1) menyediakan peluang pekerjaan
- perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga _____________ dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga.

2) meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk

- perniagaan pasar minggu ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka.

3) memudahkan penduduk tempatan membeli barangan

- pasar minggu ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Batu Pahat.
- dapat menjimatkan masa dan kos penduduk
.
4) membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan

- pasar minggu ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-lain
.
5) menyediakan barangan segar

- pasar minggu ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan.

Unsur patriotisme

8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian
1) Governan
Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan.
2) Modal
- pasar minggu ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 – RM 300 untuk berniaga di pasar minggu ini.3) Infrastruktur- Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.
4) Pertambahan penduduk
- kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah.
- penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar minggu ini.
5) Darjah ketersampaian
lokasi pasar minggu ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah pekan Parit Sulong dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa.6) Kesesuaian waktu berniaga- pasar minggu ini menjalankan perniagaan pada hari sabtu (hari cuti) iaitu bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang.
Unsur patriotisme

8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti.
1. Masalah sosial
- pasar minggu ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan.
- pelanggan yang mencuri barang perniagaan.
2. Persaingan dengan kedai runcit tempatan
- Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian.

3. Pencemaran

- kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah sarap.

4. Kesesakan lalu lintas
masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain.
5. Harga tanpa kawalan
kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa.
6. Barangan tidak berkualiti

- terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak.
- jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan kesihatan.

Unsur patriotisme


8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian

1. Kuat kuasa undang-undang
- Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga
.
2. Pengawalan harga

- kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar minggu ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga.
3. Kempen kesedaran
- boleh gunakan risalah – tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga.

4. Menyediakan kemudahan asas

- pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut.

Unsur patriotisme

- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-
i) Jadual
ii) Carta Pai
iii) Peta Minda
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai.

(Nombor 9) RUMUSAN
- perniagaan runcit pasar malam ini banyak memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung.
- dapat menambah pendapatan mereka manakala pembeli dapat membeli barangan keperluan harian dengan mudah dan dapat menjimatkan masa.

  1. Gambar / foto yang berkaitan
  2. Bahan daripada pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar dan internet

(Nombor 11). PENILAIAN UMUM
Susunan mengikut format, kemas, teliti dan menepati jadual pelaksanaan
JADUAL : Jenis Barangan Yang Dijual di Pasar Minggu Pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor
1. Jenis Barangan Yang Diperniagakan
Jenis Barangan
Jumlah Gerai
Makanan
Minuman
Buah-buahan
Kasut/pakaian/kain
Ayam/daging/ikan
Sayur-sayuran

Catatan : Daripada jadual di atas pelajar boleh membina graf bar untuk menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di pasar minggu pekan Parit Sulong.
Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor (Tandakan 4 kesan utama)
Kesan
Tandakan
(x)
Masalah sosial
Persaingan dengan kedai runcit tempatan
Pencemaran
Kesesakan lalu lintas
Wabak penyakit
Harga tanpa kawalan
Barangan tidak berkualiti
Pembaziran (masa/wang)

Catatan : Daripada jadual di atas pelajar boleh membina peta mindauntuk menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Minggu pekan Parit Sulong.
Semoga subjek Geografi terus diminati dan tidak dipinggirkan

Khamis, 12 April 2012

hari yang sedih T~T

Asalammualaikum.... 
gambar suke2

he...harini adalah hari yang amat sedih bagi aq, koorang nak tahu sebab pe?  kawan aq dah taknak kawan dengan aq lagi!!! ape salah aq??  sampai dia tak nak kawan...dah la dia kawan yang aq suka ~




tak berapa cantik tpi harap dapat tima je...><


sedihnya ...hem..pekara ini buat aq rasa tertekan, dan dalam otak aq hanya pikir ,ape salah aq  at dia ,..
mybe dia kecewa kot dengan aq~ kecewa?? kecewa kat mana ?  bila , ??  tak penah pulak aq tengak dia kecewa kat aq ..kami happy ja ..Apa niiiiii...hurmm...lama2 aq boleh jadi bengo..huhu  if aq selalu pikir benda ni,

nasib baik la aq tak dak pakwe gi ..kalau ada entah aq pon tak tau nak cakap camne..mybe hati aq akan hancur sebab dia ...

anywe memang aq tak suka kapel-kapel ni buat serabut otak ja bagi aq la..(sapa2 yang kapel tu maaf la buat koorang terasa , mungkin koorang dah rasa kemanisannya , tapi aq tak lagi ..)
hem...tera kawan pon dah serabut otak , ni nak ada lebah pulak lagi la serabut . aq tak boleh pikir benda ni sangat  tak elok untuk kesihatan ..(betul ke..lantar la  pakai hentam je heheh..)
if true, dia memang tak nak kawan dengan aq dah ,aq terpaksa terima , tapi aq mahu dengar lu sebab pe ..aq nak sangat2  tahu ..kalau benda tu tak elok , aq akan ubah nye..(memang susah nak terima teguran ,tapi bagi aq pekara ini adalah amat penting..)


hem..ok la aq pon tak tahu nak tulis ape lagi.. sampai sini saja la ...as'salam...


Rabu, 11 April 2012

Kata-kata semangat~


 Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan


  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
  • Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
  • Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
  • Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
  • Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
  • Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
  • Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
  • "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  • Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
  • Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
  • Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
  • Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
  • Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
  • Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
  • Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.
  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
  • Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
  • Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
  • Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
  • Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
  • Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
  • Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
  • Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
  • Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
  • Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
  • Terseradung bukannya terjatuh.
  • Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
  • Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
  • Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
  • Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
  • Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
  • Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
  • Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
  • Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
  • Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
  • Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
  • Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
  • Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
  • Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
  • Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
  • Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
  • Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
  • Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
  • Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
  • Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
  • Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
  • Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
  • Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.
  • PERINGATAN!!!


INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA,APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA-ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!.

selamat membaca!!



Jumaat, 6 April 2012

CARA TARIK PERHATIAN ORANG YANG KITA SUKA


UNTUK LELAKI

1.AYAT KENA MANIS , MESTI MANIS SEMANIS MADU

 -AYAT KENA MANIS ? KENAPA PERLU MANIS ? SEBAB PEREMPUAN NI DIA AKAN JATUH CINTA DEKAT ORANG YANG PANDAI BERKATA-KATA . BERKATA-KATA YANG DIMAKSUDKAN KITA KENA LAH JAGA BICARA KITA . CONTOH :
     
      "BODOH KAU , BAPAK KAU , NENEK KAU , ANJING KAU , OTAK KAU"


TUKAR SEMUA NI , JADIKAN IA KATA-KATA YANG INDAH , MANIS DAN KALAU ORANG DENGAR SEJUK HATI . KATA-KATA INI ADALAH DOA , GURUKU ADA PESAN "SETIAP KATA YANG HINA DIUNGKAP OLEH KITA UNTUK SESEORANG MAKA KATA-KATA ITU AKAN BERBALIK KEPADA KITA ,CONTOH : BODOH KAU , MAKA BODOHLAH KITA , CELAKA KAU , CELAKALAH KITA . INGAT , KITA BUKAN DENGAN PASANGAN JE NAK CAKAP MANIS-MANIS , DENGAN ORANG ORANG LAIN PUN SAMA JUGA YE :)



2.PENAMPILAN DIRI
-KITA MESTILAH PANDAI BERGAYA . KALAU TAK BERGAYA SIAPA NAK KITA . MACAM
 MANA NAK BERGAYA ? MUDAH SAHAJA .


   -JAGA SOLAT , KALAU SOLAT MUKA KITA AKAN BERSIH TAK PAYAH NAK BELI  
    PENCUCI MUKA.


   -HORMAT IBUBAPA , PASTI SELAMAT DUNIA AKHIRAT SENTIASA MASA SETIAP
    LANGKAH KITA DI DOAKAN.


   -JAGA AURAT , HAH KALAU LAH ORANG YANG KITA SUKA DAH NAMPAK PERANGAI
    BURUK KITA , AWAL-AWAL DAH KENA REJECT!.


   -KEBERSIHAN DIRI , KALAU BADAN KITA BERBAU , TAKDE SAPE NAK KITA.


   -MEROKOK , HAH , NI WAJIB NI WAJIB BAGI KAUM ADAM UNTUK CUBA
    MENINGGALKAN DAN JAUHKAN BENDA NI , RUMAH MARUAH DIRI, AGAM , BANGSA
    KALAU KITA MEROKOK , MEMBAKAR DIRI.

3.MESTI BERKEPUK-KEPUK

-KALAU KITA NI MADAH POKAI JE MANA ADA PEREMPUAN NAK , PANDAI-PANDAI LA
 ISI . BERKEPUK-KEPUK YANG DIMAKSUDKAN NI BUKAN SAHAJA DUIT TAPI IMAN ,  
 KITA KALAU NAK JAGA ANAK ORANG KENA JAGA DIRI DULU KAN , KALAU DIRI KITA 
 DAH KUAT MAKA SENANG LAH KITA NAK PIMPIN KELUARGA KITA NANTI MALAH
 BOLEH PIMPIM UMAH KITA .



4.SUARA MEMUKAU
-KALAU ALLAH DAH KURNIAKAN KITA KELEBIHAN TU JANGAN SIA-SIAKAN , LEBIH
 BAIK BACA AL-QURAN DEKAT RUMAH DARI KITA TERPEKIK TERLOLONG DEKAT
 TEMPAT KARAOKE , TERKINJA-KINJA DEKAT PUB . BACA AL-QURAN DAPAT PAHALA ,
 BUAT BENDA-BENDA TAK SENONOH DAPAT DOSA JE.


5.PEREMPUAN RASA SELAMAT KALAU ADA SAMA
-MEMANG BAGUS KITA NI PANDAI BERLAWAN , POWER DALAM PERTAHANANKAN DIRI , TAPI KAN LEBIH BETTER KITA GUNA DI TEMPAT YANG BETUL BUKAN KITA BERLAGAK SUPER DEPAN AWEK KITA DENGAN MEMBULI ORANG YANG LEMAH OR BUAT KERJA-KERJA JENAYAH YANG MENYUSAHKAN ORANG LAIN.








UNTUK PEREMPUAN


1.MESTI BERTUDUNG
-BERTUDUNG ? YA DAH BAGUS DAH TU KITA BERTUDUNG SEBAB RAMAI LELAKI KAYA SEKARANG NAK YANG BERTUDUNG TAPI BERTUDUNG HANYA BERTUDUNG JE TAPI PERANGAI MENGALAH ORANG TAK BERTUDUNG DAN MULUT MENGALAH BERITA SEMASA ADA SAHAJA CERITA UNTUK DISEBARKAN KEPADA UMUM. KITA KENA INGAT KITA BERTUDUNG KERANA DIA BUKAN KERAN TERPAKSA , BUKAN KERANA NAK BERFESYEN TETAPI MEMENUHI TUNTUTAN AGAMA .TAPI KALAU DAH PAKAI TUDUNG TU JANGAN TER-OVER PULAK , SAMPAI BELI MAHAL-MAHAL SAMPAI KAIN YANG MENUTUPI BADAN PUN TAK CUKUP TU PUN TAK BOLEH JUGAK , PEREMPUAN KENA JAGA DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI .

                                       
                                     " Pakai tudung tapi bertelanjang Itulah gaya orang sekarang
                                        Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
                                        Yang mana kendur yang mana tegang"




SELESAI BACA ? DUDUK DEPAN CERMIN , CERMIN DIRI KITA , MASIH ADA WAKTU .

2.PENAMPILAN DIRI
 -BAJU KITA TU JANGAN LAH TERLALU MENONJOL SANGAT , BOLEH MENDATANGKAN
  FITNAH , SO LEBIH BAIK BIASA-BIASA SAHAJA DAN SOPAN . KITA BOLEH BELI
  HANDPHONE MAHAL-MAHAL , MAKAN DEKAT TEMPAT MAHAL-MAHAL TRUITI FRUTTI
  LAH APE LAH , TAK MUNGKIN BAJU KITA TU KITA TAK BOLEH BELI KAIN LEBIH SIKIT ,
  KASI TUTUP TEMPAT-TEMPAT YANG NO ENTRY BAGI LELAKI BUKAN MUHRIM
  TU
.

                                       



"Baju nipis nampak bayang Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis"


RENUNGKANLAH.


3.PANDAI BERGAUL
-KITA KENA PANDAI PILIH KAWAN DAN BUKAN KAWAN DENGAN KAWAN MAKAN   
 KAWAN ITU BUKAN KAWAN TAPI .............. . KITA PUN KENA LAH JAGA BATAS
 PERGAULAN DENGAN LELAKI . KALAU LAH ADA LELAKI NAK RAPAT-RAPAT CAKAP
 LAH "OPS ! JANGAN TUHAN NAMPAK " KAN LEBIH BAGUS DARIPADA KITA CAKAP
 "OPS ! BAIK-BAIK JANGAN ORANG NAMPAK " LAIN BUNYINYA KAN ? LAIN
 MAKSUDNYA KAN ? MAKA LAINLAH APA YANG KITA DAPAT DARI MAHA ESA . DIA
 MAHA ESA , DIA MAHA MENGETAHUI ,DIA MAHA ADIL , SETIAP APA YANG KITA BUAT
 DICATAT DAN DINILAI.
       

4.KALAU LELAKI TENGOK BOLEH CAIR
 -KALAU KITA NAK BERGAYA MESTI LAH BERSESUAI JANGAN SAMPAI DIRI KITA JADI
 BAHAN BUALAN . MEMANG BENAR MULUT ORANG TAK BOLEH KITA TUTUP TAPI KITA
 BOLEH BUAT MULUT MEREKA TERUS TAK TERBUKA. KALAU LAH KITA DAH
 BERTUDUNG TUTUP AURAT JANGAN SAMPAI GUNA WARNA YANG CAMPUR OR WARNA
 WARNI DAH MACAM PELANGI DAH , MEMANG PELANGI ITU INDAH TAPI KALAU DAH
 KENA DEKAT BADAN INDAH KE ? MAU TAK LARI BERTERABUR LELAKI KALAU
 NAMPAK KITA .




Bertudung bergaya biarlah yang sempurna

Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa

Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau ‘put color’ jangan macam ‘rainbow’ pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak ‘bernyawa’

harap kita dpat berubah...dan kita pasangan  yng  dikasihi Allah~~
salam akhir dari sy...

SUARA HATI UNTUKMU



Wanitaku..
Inilah luahan hatiku..
Yang lahir dari dasar hati dan naluri kelakianku..
Bukan beerti untuk menyakiti hatimu..
Tidak berniat untuk menggores perasaanmu..
Sekadar untuk meluahkan perasaanku..
Dengan tujuan menyedarkanmu wahai juwitaku..
Anggap saja coretan ini sebagai nasihat dariku..
Sekadar renungan buat dirimu..

Wahai juwita..
Ramai dari kalanganmu telah melupakan asal usul nasabmu..
Mengapa juwitaku??
Adakah dirimu alpa pada wasilah para anbia??
Apakah kamu sudah melupakan perintah ALLAH??
Tega dirimu meniru kaum YAHUDI??
Kamu seperti termakan janji-janji..
Janji-janji yang akan membakar diri insani..

Wahai perawan..
Ramai dari kalanganmu adalah ahli neraka..
Bermakna dirimu itu sukar untuk dijaga..
Tetapi tidak bermakna dirimu itu suatu yang sia-sia..
Peliharalah dirimu dari panahan nafsu serakah..
Nafsu yang sentiasa mengajak daripada menjauhi suruhan tuhanmu..

Muslimah sejati..
Masih sempat untukmu kembali..
Jalan-jalan taubat masih terbentang luas..
Selagi masih ada denyut nadi.



KAWAN KITA ? TEMAN KITA ? PENYELAMAT KITA ? KAWAN , semua dekat dunia ada kawan , kawan rapat , kawan tak rapat , kawan dekat di hati dan kawan takda hati , semua orang berkawan .


                    'DUNIA sunyi tanpa kebahagian , MANUSIA
sunyi tanpa kawan'
gambar hiasan

TAK KISAH LAH , kita berkawan dengan orang mata besar ke mata kecik ke ,
hidung besar ke hidung kemek ke ,
hidung ada tahi lalat ke hidung tak mancung ke ,
itu semua tidak penting ,
yang penting ada hati seseorang kawan tu ,

"we are all travelers in the wilderness of this world, and the best we can find in

our travels is an honest friend."

[Robert Lewis Stevenson.]

DEKAT DUNIA NI  ada bermacam-macam kawan ,
kita kena bijak mencari kawan kalau tidak kita yang kena pijak ,
kita kena cari kawan yang macam ni..
-pandai jaga hati kita
-sentiasa ada bila kita memerlukan seseorang untuk berkongsi cerita
-ada bila kita dalam kesusahan
-ada bila kita dalam kegembiraan
-seseorang yang pandai menyimpan rahsia kita

ingat cari kawan betul-betul :)

“a friend is someone who understands your past, believes

 in your future, and accepts you just the way you are.”


“truly great friends are hard to find, difficult to leave,and impossible to forget.”

 “Bila kita ada kawan , pelbagai memori kita ada”

 “a friend is someone who knows the song in your heart and

can sing it back to you when you have forgotten the words.”

  
MEMORI DI SEKOLAH PULA ,



"Di sekolah kita mengenal apa itu makna SAHABAT dan di

sekolah kita mengenal siapa kawan dan siapa lawan

semuanya kita jumpa dan kenal jika kita berkawan"



"sahabat itu pelbagai rupa, pelbagai bentuk, pelbagai cara,

pelbagai bahasa. tapi andai persahabatan itu jujur, sahabat

itu adalah satu badan, satu kepala, satu hati, satu mimpi.

inshaAllah dengan izin Tuhan, satu Syurga Ilahi."


Segala kegembiraan , kebahagian , kesedihan segalanya berada di

sekolah dan bila kita berkawan , banyak memori akan tercatat bila

kita berkawan maka , hargailah kawan kita kerana dia peneman kita

di dunia ini :)