Jumaat, 6 April 2012

SUARA HATI UNTUKMU



Wanitaku..
Inilah luahan hatiku..
Yang lahir dari dasar hati dan naluri kelakianku..
Bukan beerti untuk menyakiti hatimu..
Tidak berniat untuk menggores perasaanmu..
Sekadar untuk meluahkan perasaanku..
Dengan tujuan menyedarkanmu wahai juwitaku..
Anggap saja coretan ini sebagai nasihat dariku..
Sekadar renungan buat dirimu..

Wahai juwita..
Ramai dari kalanganmu telah melupakan asal usul nasabmu..
Mengapa juwitaku??
Adakah dirimu alpa pada wasilah para anbia??
Apakah kamu sudah melupakan perintah ALLAH??
Tega dirimu meniru kaum YAHUDI??
Kamu seperti termakan janji-janji..
Janji-janji yang akan membakar diri insani..

Wahai perawan..
Ramai dari kalanganmu adalah ahli neraka..
Bermakna dirimu itu sukar untuk dijaga..
Tetapi tidak bermakna dirimu itu suatu yang sia-sia..
Peliharalah dirimu dari panahan nafsu serakah..
Nafsu yang sentiasa mengajak daripada menjauhi suruhan tuhanmu..

Muslimah sejati..
Masih sempat untukmu kembali..
Jalan-jalan taubat masih terbentang luas..
Selagi masih ada denyut nadi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan